Wednesday 5 December 2012

RPH TAHUN 3-GIMNASTIK ASAS


 Aspek 1.Kemahiran Pergerakan
Tajuk    : Jimnastik Asas – Melakukan kemahiran Hambur (spring) dan Pendaratan


Standard Pembelajaran :
1.1.1           Melakukan hambur dari aras tinggi dan mendarat ke aras rendah
2.1.1       Melakukan hambur dari aras rendah dan mendarat ke aras tinggi
5.1.2       Mematuhi peraturan keselamatan ditempat melakukan aktiviti


Objektif Pembelajaran

  1. Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan mendarat dengan lakuan yang betul
  2. Boleh mengira bilangan pundit kacang dengan betul.
  3. Seronok dan semangat bekerjasama dalam kumpulan

MEMANASKAN BADAN DAN REGANGAN


Langkah 1

Memanaskan badan – Skip dalam kawasan dan membuat regangan supaya kardiovaskular dan anggota badan bersedia melakukan aktiviti yang lebih berat dan mencabar

Berlari skip mengikut arah skital penanda


 ii. Murid melakukan regangan daripada bahagian kepala ke bahagian kaki

TEROWONG RAHSIA


Langkah 2 – Terowong Rahsia

i . Murid dalam kumpulan kecil. Satu kumpulan sebagai terowong dan satu kumpulan
    Lagi sebagai kenderaan.

kumpulan terowong dan kumpulan kenderaan
Kumpulan terowong membuat lentik kucing

Kumpulan kenderaan melalui terowong
Murid membunyikan kenderaan yang digemari semasa melalui terowong
                                                          
ii. Kumpulan terowong melakukan lentik kucing dan kumpulan kenderaan bergerak
    melalui terowong. (iringan bunyi kenderaan)




iii. Tukar peranan apabila bunyi berhenti.

HEMBUR KUCING


Langkah 3 – Hambur Kucing

i . Murid duduk dekam di atas pentas/peti lombol,melakukan hembur kucing dan
    mendarat ke atas tilam.
                                             Murid duduk dekam

                                            Melakukan hambur melepasi tali skiping


                                            Mendarat dan menangkap pundi kacang

ii. Ulang dengan mengurangkan aras ketinggian.

PERMAINAN KECIL


Langkah 4 – Permainan Kecil : Kucing Terkam Mangsa


i . Murid dalam kumpulan kecil.

ii. Menghembur dari pentas/peti lombol keatas tilam melepasi tali skiping dan menerkam
    ke arah pundi kacang.

iii. Ketua kumpulan akan mengira pundi kacang yang disentuh ahli kumpulan.

                        
         Jadual mengira pundi kacang


Bil

Ahli Kumpulan

Pencapaian
1


2


3


4


5


6





Markah


Iv  Kumpulan yang paling banyak menghambur melepasi tali skiping dan menyentuh
     Pundi kacang dikira pemenang

MENYEJUKKAN BADAN DAN PENUTUP


Menyejukkan badan- Membuat pergerakan anggota badan dari kaki ke kepala dalam
                                   Kiraan empat sambil menepuk tangan


Penutup – Menjawab soalan uji minda

Nama : .................................................................                Tarikh  : ..................................

Kelas : .................................................................

1. Bulatkan pada gambar yang menunjukkan kamu paling mudah dan selamat melakukan 
    hambur dan mendarat












2. Bulatkan pada gambar yang menunjukkan posisi yang paling selama semasa mendarat